Tuesday 2 October 2012


REFLEKSI KESELURUHAN DALAM BMM3105

Blog ialah jurnal on line yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perkara, dan sentiasa dikemaskini.  Pada pendapat saya, pembinaan blog sedikit sebanyak dapat `mencelikkan`  minda saya tentang perkembangan era teknologi maklumat yang begitu menarik dan  akan membantu saya dalam  proses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan.

Dahulu tujuan saya membeli sebuah komputer riba hanyalah untuk menaip, menyimpan rekod dan mencetak maklumat sahaja. Tidak lebih daripada itu. Tetapi dengan mempelajari pembinaan blog, telah memberi pengalaman baru kepada saya tentang kemudahan- kemudahan yang saya perolehi daripadanya. Saya yakin dalam era dunia langit terbuka ini kita perlu membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggunaan internet. Yang positif jadikan tauladan. yang negatif jadikan sempadan.

Terima kasih saya ucapkan khusus kepada pensyarah pembimbing, rakan-rakan kelas BM2 kerana mereka sudi memberikan tunjukkan ajar kepada saya yang memang `rabun IT`  menjadi lebih yakin dalam penggunaan blog. Tetapi saya masih lagi memerlukan bimbingan dan membuat penerokan sendiri dengan lebih mendalam tentang pengunaan blog. Masih banyak perkara tidak difahami kerana saya cepat lupa dan kekangan masa untuk mengadap blog setiap hari. Namun begitu saya berharap agar selepas ini, saya akan lebih aktif dan `lebih gila` dalam mengemaskinikan blog dari semasa ke semasa.

Saya masih` terawang-awangan` semasa menerima tugasan menyediakan slaid pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan computer . terutamanya untuk memasukkan audio dan video dalam bentuk powerpoint. Sudahlah penggunaan powerpoint masih lesen `L` kemudian hendak di simpan ke dalam cakera padat. Pening juga sekejap. `bukan tidak tahu tetapi tidak ambil tahu`.

Akhirnya saya guna enjin pencari dan cuba cari cara `burn` cd. Dapat dan saya cuba. Inilah hasilnya. Saya rasa berpuas hati walaupun hasilnya kerja saya tidaklah seberapa, tetapi ia sangat bermakna dan memberi manfaat kepada saya. Selepas ini, saya akan cuba `apply` ke dalam pengajaran & pembelajaran di sekolah untuk murid-murid saya yang dikasihi.

Sekian, terima kasih.